Kabuki pada hari ini Kabuki

Era Pasca-Perang Dunia Kedua adalah masa yang sukar untuk Kabuki. Selain daripada kemusnahan yang teruk, trend terkini diadakan untuk menghilangkan gaya serta pemikiran lama, termasuklah Kabuki. Pengarah filem, Tetsuji Takechi (1912-1988) yang telah menghasilkan klasik Kabuki inovatif pada masa ini telah dipuji kerana melahirkan semula minat terhadap seni tersebut di daerah Kansai.

Di antara bintang-bintang muda yang melakukan persembahan dengan Kabuki Takechi, Nakamura Ganjiro III adalah yang terkenal. Dia merupakan orang yang pertama dikenali sebagai Nakamura Senjaku dan pada masa ini Kabuki Osaka turut dikenali sebagai Zaman Senjaku. Pada hari ini, Kabuki masih popular, ia adalah antara gaya tradisional yang popular dan bintangnya sering kali muncul di dalam televisyen mahu pun filem.

Contohnya, pelakon Onnagata terkenal, Bando Tamasaburo V telah muncul di dalam beberapa rancangan bukan Kabuki dan filem. Kabuki juga dirujuk di dalam karya budaya popular Jepun sepertimanga dan anime. Walaupun ada beberapa teater Kabuki yang besar di Tokyo, Kyoto dan Osaka, terdapat juga teater kecil di seluruh negara itu.

Kumpulan Oshika Kabuki yang berpangkal di Oshlka, Wilayah Nagano adalah salah satu contoh. Sesetengah kumpulan Kabuki kini menggunakan pelakon perempuan di dalam lakonan Onnagata dan Ichikawa Kabuki-za, kumpulan yang kesemua ahlinya perempuan telah dibentuk selepas Perang Ounia Kedua.Pada tahun 2003, satu patung Izumo no Okuni telah ditempatkan berhampiran kawasanPontocho, Kyoto.

Minat terhadap Kabuki turut tersebar ke Barat. Kumpulan Kabuki turut melakukan persembahan jelajah ke Eropah dan Amerika malah terdapat beberapa lakonan yang berdasarkan hasil kesusasteraan Barat seperti karya Shakespeare. Pelakon dan novelis Barat turut mencuba tema Kabuki seperti Hiroshima Bugi oleh Gerald Vizenor pada tahun 2004.

Penulis Mishima Yukio (1925-1970) memperkenalkan latarbelakang Kabuki moden dan menghidupkan semula seni tradisional seperti Noh di dalam konteks moden. Di Australia, kumpulan Za Kabuki di Australian National University telah melakukan persembahan tahunan drama Kabuki sejak tahun 1976 dan ia adalah persembahan Kabuki yang paling lama di luar Jepun.

Rujukan

WikiPedia: Kabuki http://audiolunchbox.com/album?a=36544&z= http://www.japan-guide.com/e/e2090.html http://www.kabuki21.com/ http://www.mint.go.jp/eng/coin/international/coins... http://www.ndl.go.jp/scenery/e/data/141/index.html... http://www.ndl.go.jp/scenery/e/data/142/index.html... http://www.ndl.go.jp/scenery/e/data/144/index.html... http://www.ndl.go.jp/scenery/e/data/145/index.html... http://www.ndl.go.jp/scenery/e/data/147/index.html... http://www.ndl.go.jp/scenery/e/data/149/index.html...